credit: google |
Tak dapat dinafikan antara item asas untuk homeschool adalah printer. Tidak lah wajib, jika boleh DIY atau sediakan sendiri semua bahan bantu mengajar (bbm). Tapi dalam kes kami, ianya adalah tool yang sangat boleh memudahkan kerja. Apalagi jika mahu menggunakan bahan bercetak atau printables yang banyak tersedia di internet.
Jadi, bila sudah nekad untuk batalkan plan hantar Fatih ke sekolah tahun ni, benda pertama yang terlintas dalam kepala adalah printer. Dan ciri utama yang perlu ada adalah WIRELESS! Haha. Penting sangat-sangat ni, atas beberapa sebab.
Kelebihan Wireless Printer
1. Boleh print di mana-mana
Wireless printer tidak memerlukan sambungan kabel untuk print. Asalkan connection Wifi dari printer dapat di-detect oleh handphone atau peranti lain. Tak perlu lagi nak cucuk kabel dari printer ke laptop.
Tapi jangan risau, printer yang dibeli tetap akan diberikan kabel, just in case kita nak sambungkan ke laptop atau komputer di masa lain, atau ketika tiada talian internet.
2. Tidak perlukan komputer/laptop tambahan
Tiada lagi masalah jika ingin print tapi tiada laptop atau komputer di rumah.
3. Mudah disimpan
Wireless printer cuma perlu disambung ke plug elektrik. So tak ada lg serabut banyak-banyak wayar berselirat di sekeliling printer atau meja belajar. Nak letak kat mana-mana yang suka pon boleh.
4. Jimat elektrik, masa dan tenaga
Jimat sebab tak perlu nak on laptop atau komputer semata-mata nak print. Cuma hidupkan printer je.
Bila dicari, boleh tahan rambang mata juga untuk pilih model dan brand yang berkenan. Rupanya musim PKP ni tersangat ramai yang mencari printer. Lebih-lebih lagi bila diumumkan PKP akan dilanjutkan ke fasa ketiga. Mereka yang bekerja dari rumah, pelajar sekolah dan universiti semua mencari printer.
Ketika entri ini ditulis, saya baru saja menerima printer yang dibeli kelmarin. Mungkin boleh saya kongsikan review kemudian.
Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah beberapa jenis model wireless printer yang mudah-mudahan dapat membantu kawan-kawan lain yang masih mencari printer yang sesuai.
Post di bawah ditulis dan dikongsikan oleh Puan Nora Najiha Rosli. Survey beliau dalam satu group facebook telah mendapat respon yang sangat banyak. Berikut adalah hasil rumusan survey tersebut dan beliau izinkan untuk dikongsikan di sini.
Senarai Model Wireless Printer di Malaysia
Dari post saya semalam, rupanya ramai juga mak ayah yang seangkatan dengan saya. Tengah mencari printer nak print kerja sekolah anak bila tau PKP ni dilanjutkan.
.
Sebelum tu saya nak highlight yang saya tengah mencari WIRELESS printer yang direct boleh print dari henfon memandangkan saya tak ada laptop atau desktop dekat rumah.
.
Wireless printer ni basic konsep dia kita sambung kan henfon dengan printer guna INTERNET. Kebanyakan henfon sekarang ni ada hotspot. Cuma on hotspot telefon dan pair dengan printer. Sangat berbaloi beli jenis ni sebab sangat memudahkan kerja tak payah nak bukak2 laptop. Dan bagi saya yang tak ada laptop, ciri ni memang satu keperluan.
.
Based on post saya semalam dan pertanyaan dekat group #KemasRumahWithHani, ni ada beberapa model WIRELESS printer yg dicadangkan oleh kawan2 dan group members.
.
.
Sebelum tu saya nak highlight yang saya tengah mencari WIRELESS printer yang direct boleh print dari henfon memandangkan saya tak ada laptop atau desktop dekat rumah.
.
Wireless printer ni basic konsep dia kita sambung kan henfon dengan printer guna INTERNET. Kebanyakan henfon sekarang ni ada hotspot. Cuma on hotspot telefon dan pair dengan printer. Sangat berbaloi beli jenis ni sebab sangat memudahkan kerja tak payah nak bukak2 laptop. Dan bagi saya yang tak ada laptop, ciri ni memang satu keperluan.
.
Based on post saya semalam dan pertanyaan dekat group #KemasRumahWithHani, ni ada beberapa model WIRELESS printer yg dicadangkan oleh kawan2 dan group members.
.
1. EPSON L3150
Untuk heavy duty ramai cikgu yang cadangkan model ni. Faham jela kan cikgu kalau nak print bahan mengajar untuk anak murid macam mana. Kalau keperluan guna dekat rumah sama macam cikgu-cikgu boleh pertimbangkan untuk beli model ni.Kelebihan lain : refill ink murah dan lambat habis.
Antara model lain: EPSON L455
2. BROTHER
Selain EPSON ramai cakap printer brand BROTHER pon ok. Tahan lasak. Sesuai untuk heavy duty.
Ni ada beberapa yg wireless model:
I) DCP-T510
Refillable tank system, smart refill, tak mudah clog, doublepage print, black print up to 6500 per ink fillII) DCP- T310
3. HP 2676
Harga effordable untuk wireless printer. Ringan. Mudah nak angkut pergi mana-mana.Tapi ramai cakap cartridge ink agak mahal dan cepat habis. Ada komen bgtau refill ink RM5+ cuma boleh dapat 100pc gitu je. But again, kalau korang jenis nak print sikit2 ni antara pilihan yg ok jugak:
4. CANON
Harga affordable.Ink pon tak mahal sangat.
Antara model yg dicadangkan:
PIXMA E4270
PIXMA E4200
PIXMA G3010
PIXMA E470
PIXMA G3000
G3010
Ramai cakap, printer murah ink mahal. Printer mahal ink murah. Jadi sebelum beli printer, boleh survey harga refill ink dan tahu tahap kegunaan kita macam mana. Nanti tak ada lah menyesal beli.
Moga membantu ya 😉
Namun, jika anda sudah ada printer tapi bukan jenis wireless, ada solusinya, Anda masih boleh print secara direct dari handphone.
Berikut adalah perkongsian saudara Fizie JoeKer.
Cara print direct handphone-printer tanpa wireless printer
Hari ni abang nak share satu ilmu macam mana nak print out daripada hp direct ke printer, tak payah pakai laptop & tak payah beli printer wireless/wifi yang mahal-mahal tu.
Abang faham musim PKP ni ramai parent yang pening kepala sebab nak print out kerja sekolah anak-anak yang cikgu bagi by whatsapp group. Ada yang sampai nak beli laptop & printer wifi yang mahal tu. Jangan bazirkan duit tu. Ada solution-nya.
Ok, mula-mula korang kena ada 3 benda alah ni:
1. Printer - tak kisah jenama apa, yang murah punya pon boleh
2. Cable OTG - korang boleh beli kat Eco/Ninso/DIY
OTG Cable |
Apps NokoPrint |
Apps PrinterShare |
Ok, bila dah ready semua tu sambungkan cable USB printer ke cable OTG. Lepas tu cucuk ke hp korang, ikut arahan PrinterShare tu untuk setting. Siappp!
Senang je kan. Tak payah bazir duit nak beli printer mahal-mahal tu.
Semoga bermanfaat.
Semoga bermanfaat.