About Us - Mummy Fatih

About Us

Assalamualaikum wbt =)

Salam perkenalan dan terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini. Niat kami hanya ingin berkongsi aktiviti yang kami lakukan di rumah. Apalagi pada saat ini, hampir semua rakyat Malaysia duduk di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan oleh kerajaan bermula dari 18 Mac 2020.

Disebabkan itu kami terpaksa batalkan plan asal untuk menghantar anak sulung, Fatih ke tadika pada tahun ini. Sepanjang PKP, bermacam aktiviti telah kami lakukan bersama. Kebanyakannya ada kami kongsi di Whatsapp status dan Facebook peribadi. Bermacam maklumbalas positif kami terima dari ibu-ibu lain yang turut menjalankan aktiviti bersama anak di rumah.

Dari situ tercetuslah idea untuk menulis di blog. Alang-alang berniat untuk menyimpan rekod aktiviti Fatih, ada baiknya kami kongsikan di blog. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan bersama dan mengumpulkan satu support community buat semua ibu-ibu khususnya dalam menyediakan aktiviti buat anak-anak tercinta.

Disclaimer: Kami sedar kami juga banyak kekurangan. Segala apa yang dikongsikan di sini hanyalah sebatas kemampuan dan pengalaman kami saja. Ambillah apa yang baik saja, jika ada. Dan tinggalkan apa yang tidak baik.

No comments:

Post a Comment