Mummy Fatih

Thursday, 16 April 2020

Senarai Model Wireless Printer

April 16, 2020 2
Senarai Model Wireless Printer
credit: google

Tak dapat dinafikan antara item asas untuk homeschool adalah printer. Tidak lah wajib, jika boleh DIY atau sediakan sendiri semua bahan bantu mengajar (bbm). Tapi dalam kes kami, ianya adalah tool yang sangat boleh memudahkan kerja. Apalagi jika mahu menggunakan bahan bercetak atau printables yang banyak tersedia di internet. 

Jadi, bila sudah nekad untuk batalkan plan hantar Fatih ke sekolah tahun ni, benda pertama yang terlintas dalam kepala adalah printer. Dan ciri utama yang perlu ada adalah WIRELESS! Haha. Penting sangat-sangat ni, atas beberapa sebab.

Kelebihan Wireless Printer

1. Boleh print di mana-mana

Wireless printer tidak memerlukan sambungan kabel untuk print. Asalkan connection Wifi dari printer dapat di-detect oleh handphone atau peranti lain. Tak perlu lagi nak cucuk kabel dari printer ke laptop. 

Tapi jangan risau, printer yang dibeli tetap akan diberikan kabel, just in case kita nak sambungkan ke laptop atau komputer di masa lain, atau ketika tiada talian internet.


2. Tidak perlukan komputer/laptop tambahan

Tiada lagi masalah jika ingin print tapi tiada laptop atau komputer di rumah.

3. Mudah disimpan

Wireless printer cuma perlu disambung ke plug elektrik. So tak ada lg serabut banyak-banyak wayar berselirat di sekeliling printer atau meja belajar. Nak letak kat mana-mana yang suka pon boleh. 

4. Jimat elektrik, masa dan tenaga

Jimat sebab tak perlu nak on laptop atau komputer semata-mata nak print. Cuma hidupkan printer je. 

Bila dicari, boleh tahan rambang mata juga untuk pilih model dan brand yang berkenan. Rupanya musim PKP ni tersangat ramai yang mencari printer. Lebih-lebih lagi bila diumumkan PKP akan dilanjutkan ke fasa ketiga. Mereka yang bekerja dari rumah, pelajar sekolah dan universiti semua mencari printer.

Ketika entri ini ditulis, saya baru saja menerima printer yang dibeli kelmarin. Mungkin boleh saya kongsikan review kemudian.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah beberapa jenis model wireless printer yang mudah-mudahan dapat membantu kawan-kawan lain yang masih mencari printer yang sesuai.

Post di bawah ditulis dan dikongsikan oleh Puan Nora Najiha Rosli. Survey beliau dalam satu group facebook telah mendapat respon yang sangat banyak. Berikut adalah hasil rumusan survey tersebut dan beliau izinkan untuk dikongsikan di sini.

Senarai Model Wireless Printer di Malaysia


Dari post saya semalam, rupanya ramai juga mak ayah yang seangkatan dengan saya. Tengah mencari printer nak print kerja sekolah anak bila tau PKP ni dilanjutkan.
.
Sebelum tu saya nak highlight yang saya tengah mencari WIRELESS printer yang direct boleh print dari henfon memandangkan saya tak ada laptop atau desktop dekat rumah.
.
Wireless printer ni basic konsep dia kita sambung kan henfon dengan printer guna INTERNET. Kebanyakan henfon sekarang ni ada hotspot. Cuma on hotspot telefon dan pair dengan printer. Sangat berbaloi beli jenis ni sebab sangat memudahkan kerja tak payah nak bukak2 laptop. Dan bagi saya yang tak ada laptop, ciri ni memang satu keperluan.
.
Based on post saya semalam dan pertanyaan dekat group #KemasRumahWithHani, ni ada beberapa model WIRELESS printer yg dicadangkan oleh kawan2 dan group members.
.

1. EPSON L3150

Untuk heavy duty ramai cikgu yang cadangkan model ni. Faham jela kan cikgu kalau nak print bahan mengajar untuk anak murid macam mana. Kalau keperluan guna dekat rumah sama macam cikgu-cikgu boleh pertimbangkan untuk beli model ni.
Kelebihan lain : refill ink murah dan lambat habis.

Antara model lain: EPSON L455


2. BROTHER

Selain EPSON ramai cakap printer brand BROTHER pon ok. Tahan lasak. Sesuai untuk heavy duty. 
Ni ada beberapa yg wireless model:

I) DCP-T510 

Refillable tank system, smart refill, tak mudah clog, doublepage print, black print up to 6500 per ink fill

II) DCP- T310


3. HP 2676

Harga effordable untuk wireless printer. Ringan. Mudah nak angkut pergi mana-mana.
Tapi ramai cakap cartridge ink agak mahal dan cepat habis. Ada komen bgtau refill ink RM5+ cuma boleh dapat 100pc gitu je. But again, kalau korang jenis nak print sikit2 ni antara pilihan yg ok jugak:

4. CANON

Harga affordable.
Ink pon tak mahal sangat.
Antara model yg dicadangkan:

PIXMA E4270
PIXMA E4200
PIXMA G3010
PIXMA E470
PIXMA G3000
G3010


Ramai cakap, printer murah ink mahal. Printer mahal ink murah. Jadi sebelum beli printer, boleh survey harga refill ink dan tahu tahap kegunaan kita macam mana. Nanti tak ada lah menyesal beli.
Moga membantu ya πŸ˜‰

Namun, jika anda sudah ada printer tapi bukan jenis wireless, ada solusinya, Anda masih boleh print secara direct dari handphone. 

Berikut adalah perkongsian saudara Fizie JoeKer.

Cara print direct handphone-printer tanpa wireless printer

Hari ni abang nak share satu ilmu macam mana nak print out daripada hp direct ke printer, tak payah pakai laptop & tak payah beli printer wireless/wifi yang mahal-mahal tu.

Abang faham musim PKP ni ramai parent yang pening kepala sebab nak print out kerja sekolah anak-anak yang cikgu bagi by whatsapp group. Ada yang sampai nak beli laptop & printer wifi yang mahal tu. Jangan bazirkan duit tu. Ada solution-nya.

Ok, mula-mula korang kena ada 3 benda alah ni:

1. Printer - tak kisah jenama apa, yang murah punya pon boleh
OTG Cable
2. Cable OTG - korang boleh beli kat Eco/Ninso/DIY

Apps NokoPrint
Apps PrinterShare
3. Apps PrinterShare atau NokoPrint - korang kena download kat hp korang, cari kat dalam playstore.

Ok, bila dah ready semua tu sambungkan cable USB printer ke cable OTG. Lepas tu cucuk ke hp korang, ikut arahan PrinterShare tu untuk setting. Siappp!

Senang je kan. Tak payah bazir duit nak beli printer mahal-mahal tu. 

Semoga bermanfaat.

Sunday, 12 April 2020

8 Tips Memulakan Homeschool di Malaysia

April 12, 2020 2
8 Tips Memulakan Homeschool di Malaysia
kredit: moneycrashers.com
Perkara pertama yang terlintas dalam kepala bila mula nak mengajar Fatih di rumah (homeschool) tahun ni - Nak mula dari mana ni? Grrr. Garu kepala fikir. Serius blur.

Sebabnya, ada macam-macam kaedah homeschool yang kita boleh pilih. Nak buat silibus sendiri, memang tak la kan. Sedar diri tak kreatif dan tangan kejung nak design bahan mengajar. Masanya lagi. Jadi, sangat perlu untuk outsource.

Bila outsource membuta tuli, mula lah rambang mata. Semua nak sapu. Tengok orang buat Montessori, rasa nak buat. Tengok orang buat kaedah traditional, kita pon nak. Baca sana, baca sini. Save itu, save ini. Lepas tu bila nak mula beraktiviti dengan anak, terus blur dan blank. Hahaa padan muka!

Bila jadi macam tu, ambil masa untuk bertenang kejap. Fikir betul-betul, at the end of the day, kita nak anak belajar apa. Nak dia kuasai skill apa. Ukur kemampuan dan penerimaan anak macam mana, Dan ukur diri kita juga. Mampu atau tidak nak ajar sendiri.

Fikir punya fikir, insyaAllah dah nampak jalan sedikit. Minggu depan akan mula tersusun. Kita mulakan dengan apa yang ada dulu. As time goes by, kita adjust apa yang perlu. Kalau tunggu sempurna, jawabnya tak kan mula la sampai bila-bila.

Bagi mummies yang masih tercari-cari, mungkin perkongsian di bawah ini dari Cikgu Anis boleh membantu. Nak dijadikan cerita, waktu saya sedang plan aktiviti homeschool untuk minggu depan, Anis post kan tips-tips ini di fb beliau. Sama dengan apa yang saya fikir dan lalui.

Semoga bermanfaat.

8 Tips Memulakan Homeschool oleh Cikgu Anis

"Nak homeschool macam mana ni, tak tahu nak mula dengan aktiviti mana satu. Idea banyak muncul dalam kepala dan rasa nak buat semua dengan anak dalam satu masa"
Pernah tak ibu-ibu alami situasi macam ni? Sebab ada beberapa new homeschooler tanya soalan ni dekat Anis. Anis pun sama, dulu pun confuse nak mula macam mana.
Sekarang musim PKP, lagilah bila scroll SocMed nampak aktiviti menarik semua screenshot sampai penuh memori telefon. Serius, Anis pun bukanlah orang yang otai dan berpengalaman luas, anak pun kecil lagi. Tapi Anis kongsikan setakat Anis tahu dan pernah alami.
Silakan share perkongsiaan untuk membantu ibu-ibu yang pernah mengalami situasi sama yang pernah Anis alami.

1. Fokus dan buat satu per satu

Peribahasa Melayu pula berbunyi “Yang dikejar tak dapat, yang di kendung berciciran”. Fokus kepada apa yang nak anak kita belajar. 

Contoh kalau nak anak belajar mengira, buat pencarian idea aktiviti mengira saja. Memang kita ibu-ibu ada banyak idea dan kesemuanya membuat diri teruja nak buat bersama anak. Tapi, masalahnya kita tidak fokus dan ambil kira pertimbangan lain. Akhirnya, tiada satu pun idea yang berjaya terlaksana.

2. Berhenti bila dah tepu

Bila dah terlalu lama scroll SocMed, mesti kadang tu rasa seronok mula-mula dan nak tahu lagi banyak. Tapi bila dah banyak sangat tahu, tak tahu nak pilih mana satu. Bila dah rasa macam tu, stop. 

Rehat kejap, pilih aktiviti yang dah screen shot sesuaikan dengan kemampuan seperti - ada tak material nak buat, anak minat tak, objektif aktiviti itu nak capai apa.

3. Jangan terlalu memaksa

Jangan paksa diri dan anak. Bila ada aktiviti kita tak mampu buat, kita tak perlu push diri kita. Pilih aktiviti lain yang bersesuaian. 

Jika anak tak nak buat aktiviti yang dirancang, sabar. Fikir alternatif lain atau laksanakan aktiviti yang telah dirancang pada masa lain yang bersesuaian.


4. Berstruktur dan ada objektif

Untuk mendapat inspirasi aktiviti dan tak nak bagi terlalu overwhelmed, cuba buat aktiviti bersama anak secara berstruktur dan ada objektif. Anis lebih kepada aktiviti yang spesifik dan tahu apa yang nak anak Anis dapat hasil aktiviti tersebut. 

5. Buat perancangan

Buat perancangan supaya ibu-ibu dapat sentiasa on track dalam melakukan aktiviti homeschool. Rancang sebelum bertindak. Goal without a plan is just a wish. Catat perancangan aktiviti dan apa nak buat supaya perjalanan homeschool lebih konsisten.

6. Sesuaikan mengikut kemampuan

Sesuaikan aktiviti mengikut keperluan dan kemampuan. Ambilah yang sesuai dan tinggalkan yang tak serasi.

7. Sediakan suasana yang kondusif

Sediakan ruang pembelajaran yang kondusif. Ada pencahayaan dan pengudaraan serta jauh dari gangguan seperti televisyen. Susun keperluan homeschooling anak supaya tersusun tapi.

8. Dapatkan sokongan

Dapatkan support dan jangan berseorangan. Boleh sertai group Homeschooling di Facebook atau WhatsApp. Dekat situ boleh dapatkan idea dan sokongan daripada ibu-ibu yang mempunyai semangat dan passion yang sama.


Jemput follow saya πŸ‘‰Hanis Athirah Rusli. Saya selalu menulis mengenai aktiviti homeschool, pendidikan awal anak-anak dan parenting.
-----------------------------------------------------------------------------
Channel Perkongsiaan Aktiviti, Bahan, dan semuanya yang berkaitan dengan Homeschool Ahza dan Afraz πŸŒˆ
https://t.me/fingergymkids





























https://web.facebook.com/photo/?fbid=10222252988131375&set=pcb.10222252990851443&__cft__[0]=AZXoGOnzT8Sks1SAfNlDztyTncGjIMHdMUSQF421U8gy3bJZGYIxMLvZitOnocZ3typpz6wz7-Xcp4EsFtXGnFJFzGO2UVBfMSmR-xm-Y9i4-GB8gQN3HYnOoR1rsbVMcW8&__tn__=*bH-R

Saturday, 11 April 2020

37 Aktiviti Ibu Bapa & Anak Sepanjang Duduk di Rumah

April 11, 2020 0
37 Aktiviti Ibu Bapa & Anak Sepanjang Duduk di Rumah
kredit: Adlil Rajiah
Siapa yang tidak kenal dengan Adlil Rajiah kan? Penulis best seller 3 buah buku parenting. 30 Mac yang lepas beliau kongsikan di fb page beliau list panjang aktiviti yang boleh dilakukan seisi keluarga di rumah. 

Berikut adalah tulisan beliau sendiri ↓↓

Ok sebab ramai yang mengadu anak2 dah start bosan dan ibu bapa dah kering idea nak buat aktiviti apa sepanjang #DudukRumah ni, saya nak bagi 37 cadangan aktiviti mudah yang korang boleh buat dengan anak2 sampai habis PKP ni.

Post ni panjang. So boleh la baca sambil makan superring ke apa. Baca dan hadam perlahan2, then pilih lah aktiviti mana yang sesuai dengan umur anak, keadaan rumah, dan tahap kerajinan korang. πŸ˜Œ

Yang penting, jangan mengeluh.
Because PKP ni is actually the best opportunity untuk kita asah parenting skill.

So let's do this together, parents! πŸ’ͺ🏻

1. Cari satu dinding rumah yang lapang, tampal kertas majong di seluruh permukaan dinding, dan bagi anak conteng sepuas-puasnya guna krayon, marker, pensel warna. Jangan lupa untuk tukar kertas bila dah penuh diconteng.

2. Cari cawan atau mug yang plain, dan beri anak lukis atas mug tu menggunakan permanent marker. Saya ada banyak mug besar warna putih yang saya bagi Haikal lukis dan deco. Dan setiap pagi, saya akan buat kopi dalam mug yang Haikal dah lukis. Walaupun kadang2 tah pape je yg dia lukis. Tapi sebab saya tahu ini adalah salah satu cara paling mudah untuk saya bina self-esteem dia, so why not? Dan Haikal lebih pandai menghargai, bila nampak saya hargai hasil tangan dia. What we appreciate, appreciates. Kan?

3. Ada banyak tshirt plain? Haa apa lagi? Ajak la anak lukis atas tshirt tu! Untuk lebih fun, make it this way: Minta anak lukis atas tshirt kita, dan kita lukis atas tshirt anak. Selesai lukis, bagi kering, dan sama2 pakai. πŸ˜Š

4. Lukis dan warna sama2 atas plain blanket atau pillow case. Ya saya tahu, by this time, mesti korang rasa macam, DAH KENAPA SEMUA BENDA NAK KENA CONTENG NI? πŸ˜† Macam yang saya cakap tadi, pilih la mana2 yang kau suka. Tak perlu pun conteng semua benda. Tapi kalau saya, buat je. Sebab, why not? πŸ’πŸ½‍♀️

5. Buat cupcake dan ajak anak deco toppings sama2. Kalau malas nak bake sendiri, beli je cupcake plain yang dah siap, then ajak anak deco toppings je. Settle. Cupcake boleh simpan dalam peti. Boleh buat breakfast keesokan harinya.

6. Buat pizza dengan toppings yang berbeza-beza. Beli je doh pizza instant tu. Takpun, guna roti keping je. Then hias dengan sos tomato atau sos bolognese, then tambah la sosej and cheese. Bakar. Settle.

7. Buat cookies pelbagai bentuk. Beli cookie mix yang instant tu. Pastu bentukkan guna cookie cutter. Takpun bentukkan sendiri guna tangan. Boleh buat bentuk alphabets dan numbers. Sambil buat cookies, sambil kenal huruf dan nombor. Agitcheww.

8. Buat aiskrim Malaysia. Yang ni tak payah ajar kot. Tapi buat lah yang unik sikit. Takde lah balik2 aiskrim milo je πŸ˜‘. Cuba la buat Ribena laici ke, bandung cincau ke, air kathira ke. Pergh air bazar remdan terus hahah.

9. Ajak anak basuh kereta, atau basuh motor, atau basuh basikal. Motif utama bukan nak membasuh sangat. Tapi nak main air dengan anak. Sebab do you know that water play sebenarnya boleh boost good emotions dan self-esteem anak juga? Yass! Takpun, kalau taknak basuh kereta, basuh je bilik air! Life skill tuu.

10. Ajak anak spring clean almari baju atau almari mainan dia. Sort sama2, mana yang dia masih pakai, dan mana yang tak. Yang dah tak pakai, boleh buang atau bagi orang lain yang mungkin memerlukan. Boleh ajar anak sense of giving di situ.

11. Role playing. Mak bapak berlakon jadi anak, anak berlakon jadi mak bapak. Switch role. Kat sini kau akan lihat betapa terer nya anak berlakon jadi kau. Baru tahu betapa hodohnya bahasa dan perangai kita bila marah anak. πŸ˜Œ

12. Ajak anak buat simple exercise yang tak perlukan apa2 equipment. Pasang instrumental music rancak, then buat la apa2 movement yang senang anak nak ikut. Benda yang paling kita taknak berlaku masa PKP ni ialah badan yang TAK BERGERAK. Sebab inactive body leads to inactive brain. So kena paksa badan bergerak. As your body moves, your brain grooves!

13. Introduce anak dengan permainan tradisional. Contoh: congkak, ceper, batu Seremban, etc. Dulu saya tak pernah terfikir nak introduce Haikal dengan permainan tradisional. Sebab bagi saya, permainan tu semua bukan zaman dia. Tapi masa balik kampung beberapa bulan lepas, mak saya ajar Haikal main congkak, dan adik2 saya ajar haikal main ceper. And surprisingly, HAIKAL SANGAT SUKA. Dan sampai sekarang congkak dan ceper dah jadi aktiviti harian dia.

14. Main teng teng. Haa kalau rumah ada tiles yang petak2 besar tu, senang lah. Guna masking tape berwarna untuk tanda kotak yang nak digunakan. Teng teng is a good game untuk latih anak imbangkan badan.

15. Main khemah2 guna kerusi, cadar, selimut, dan sebagainya. Takut rumah bersepah? Takpe, bersepah sampai 14 April je πŸ˜†. Chill, parents. Fokus bina hubungan dengan anak sekejap. Lepas ni boleh fokus kemas rumah balik.

16. Stamping Art. Bentang kertas majong besar2 kat lantai dan sediakan 2-3 warna watercolour. Kemudian, buat stamping guna batang sawi, batang celery, bendi, corak daun, sweet pepper, lemon, etc.

17. Make socks puppets. Ambik sepasang stokin plain, tampal googly eyes atau 2 biji butang pada hujung stoking, lukis corak-corak sikit, masukkan tangan dan jadilah puppet. πŸ˜

18. Untuk anak yang dah besar sikit, maybe boleh ajak buat Vision Board. Minta anak imagine pencapaian atau impian dia 3 tahun dari sekarang. Minta anak lukiskan semua imaginasi dia pada sekeping kertas, dan jangan lupa letak tajuk “Impian saya pada tahun 2023”. Atau kalau tak reti lukis, boleh ajak anak google gambar2 yang berkaitan dengan impian dia. Contohnya, gambar basikal idaman, gambar tempat percutian idaman, gambar birthday cake idaman, gambar mainan idaman, apa saje. Dan bantu anak susun strategi macam mana dia nak capai semua tu. Contohnya, kena belajar berapa jam sehari, jaga solat setiap hari, simpan duit berapa ringgit setiap hari, etc. Latih anak untuk BERANI BERIMPIAN DAN BERANI SAHUT CABARAN!

19. Tengok balik gambar2 anak masa baby dan ceritakan pada anak the story behind every picture. Pergh to be honest, this is my most favourite thing to do with Haikal. Bila anak tengok gambar2 dia masa baby, dia akan faham hidup ni adalah satu proses, dan setiap hari kita grow jadi orang yang lebih berkebolehan dan lebih bermanfaat.

20. Build an "i can" box. Cari satu kotak tisu lama, deco lah sikit kotak tu kalau rajin, then setiap hari minta anak senaraikan 3 PERKARA YANG DIA BOLEH BUAT PADA HARI TU. Contohnya: Today, I can wash my own plate. I can make my own bed. I can tie my shoes. Kalau anak belum pandai menulis, parents boleh tolong tuliskan. Then masukkan nota tu dalam kotak tisu tadi. Bila2 anak rasa gagal atau tak yakin diri, tengok balik semua “I can” yang dia tulis sebelum ni. Manusia ni mudah rasa down atau rasa gagal bila dia lupa apa yang dia pernah capai sebelum ni.

21. Make a feelings chart. Ambil sekeping kertas, lukis beberapa ekspresi wajah yang menunjukkan emosi berbeza. Contohnya, muka sedih πŸ˜­, muka marah πŸ˜‘, muka gembira πŸ˜, muka excited πŸ˜, muka terkejut πŸ˜±, muka kecewa πŸ˜«, etc. Then setiap malam sebelum tidur, tanya anak how does he/she feels today. And why. Maybe ibu bapa boleh mulakan dulu. Kongsikan perasaan anda dengan anak, dan explain. Contohnya, tunjuk kat gambar muka gembira, then explain “Mama gembira sebab papa belanja mama kfc tadi.” Then next, tunjuk pulak muka terkejut, then explain, “Mama terkejut sebab first time dengar haikal kentut masa solat tadi.” Hahah. Then, anak punya turn pulak untuk share emosi dia. Ingat, anak yang kenal emosi, akan eventually pandai kawal emosi.

22. Listen to your child's fav song. Pick 1-2 lagu kegemaran anak, cuba hafal lirik dia. Dan ajak anak sing out loud dan menari macam orang gila bersama-sama. πŸ˜‚

23. Berlakon. Anak berlakon jadi peniaga kedai makan, kita jadi pelanggan. So anak kena ambik order, siapkan order, hidang, letak harga, dan kita bayar. Order yg simple2 dah la. Roti peanut butter ke, biskut ke, air kosong ke. Jangan kau order siakap stim pulak. πŸ˜‘

Then esoknya tukar suasana, anak berniaga kedai runcit pulak. Keluarkan la kejap segala stok sardine, susu pekat, kicap, maggi dalam almari tu. Sambil main, boleh ajar anak kira duit, operasi matematik tambah tolak, cara layan pelanggan, etc.

24. Buat greeting card. Beli beberapa keping kertas berwarna, dan ajak anak tulis atau lukis sesuatu untuk atok, nenek, dan sepupu2 dia. Mungkin boleh hias guna lace, beads, butang juga. Bila dah siap, boleh terus pos. Zaman semua orang berhubung guna whatsapp ni, bila dapat physical greeting card camni, confirm riuh sekampung hahah.

25. Kalau ada sesiapa yang bakal sambut birthday bulan April, contohnya birthday atok ke birthday nenek ke, boleh ajak anak buat wrapping paper sendiri untuk balut hadiah birthday tu. Bagi anak lukis dan tulis apa saje sampai penuh satu kertas majong, then balut hadiah guna kertas tu, then pos! Confirmmm, riuh lagi sekampung hahah.

26. Main cikgu2. Anak jadi cikgu, mak bapak jadi murid. Tak payah whiteboard bagai. Tampal je kertas majong kat dinding. Cikgu berdiri sambil pegang pembaris, murid2 duduk bersila sambil buat muka takut-takut hahah. Beri kebebasan kepada anak untuk pilih topik yg nak diajar. Percayalah, kau akan terkejut betapa banyaknya benda baru yg kau belajar lepas tu. Tetiba rasa tak percaya anak yg baru 4 tahun, dah tahu urchin itu landak laut. Kau yang umur 40 pun baru tahu. πŸ˜†

27. Finger painting guna kaki. Bentang kertas majong atau surat khabar lama besar-besar atas lantai, bancuh beberapa warna water colour dalam tray, then try finger painting guna kaki. This is fun weh! Tips: Buat kat car porch atau berhampiran bilik air, supaya senang nak cuci later.

28. Buat jigsaw puzzle sendiri. Print beberapa gambar keluarga atas kertas keras. Then potong gambar tu kepada 6-9 bahagian. Then suruh lah anak sambungkan macam main puzzle biasa. Nak lagi mencabar, potong gambar tu dalam bentuk random. Maksudnya bukan potong petak2. Tapi potong main bantai. Haa..habis PKP pun belum tentu settle puzzle tu πŸ€£

29. Make your own cookbook. Ajak anak senaraikan makanan favourite dia, then google resepi setiap makanan tu, dan tulis dalam 1 buku. Boleh tulis macam biasa, atau lukis bahan2 dan langkah2 nya. Then, ajak anak masak ikut resepi tu sama-sama. Activity yang melibatkan sequence atau langkah demi langkah (seperti memasak) sangat membantu dalam membina fokus anak.

30. Setiap malam, tanya anak apa 3 perkara yang buat dia gembira hari ni. And share yours too! Dalam keadaan sekarang ni, sangat penting untuk kita latih anak dan diri sendiri untuk fokus perkara yang best, dan bukan perkara yang tak best!

31. Main teka binatang. Buat bunyi atau pergerakan tertentu, dan minta anak teka apakah binatang yang sedang dilakonkan. Boleh buat bunyi harimau, gaya itik berjalan, gaya ular, bunyi anjing – apa sahaja. Nak jadi babi pun boleh. Ehh!

32. Buat banana split. Beli pisang, aiskrim, nuts, choc chips, choc rice atau apa saje untuk toppings. Balik rumah, ajak anak buat sama2, deco2 topping, pastu layan ramai2 sambil membincangkan isu covid19 yg sedang melanda. Pergh!

33. Main sambung perkataan. Contoh: Saya, ya apa? Yaman, man apa? Mana, na apa? Nanas, nas apa? Nasi, si apa? Siamang, mang apa? Mangkuk, kuk apa? Kuku, ku apa? Haa tengok, main sorang pun boleh. πŸ˜†

34. Game 5 seconds rule. Ok yang ni best. Cara main dia senang je. Setiap orang kena namakan 3 benda yang diminta, dalam masa 5 saat. Contohnya, "Namakan 3 benda yang berwarna pink.” Atau “Namakan 3 benda yang berbentuk bulat.” Atau “Namakan 3 benda yang kita tak boleh makan.” Apa sahaja! Dan bila kena jawab dengan cepat (within 5 secs), jawapan yang keluar dari mulut random gila dan tah pape. Hahah

35. Board game. This one is evergreen kot. I guess semua rumah kena ada at least one board game. Tak kisah la dam ular ke, chess ke, saidina ke, scrabble ke. This is the simplest way untuk buat aktiviti berkumpulan yang setempat, dan boleh main sambil baring.

36. Lego. Yang ni nak kena explain ke? Semua anak mesti ada mainan building blocks kat rumah kan? Paling common lego lah. Sangat berguna di kala anak2 tak boleh keluar rumah. To make it feels different everyday, beri tema berlainan setiap hari. Contohnya, hari ni tema kedai makan. So bina lah kedai makan guna lego tu. Esoknya, tema kapal angkasa pulak. So buat lah kapal angkasa dengan tempat launching dia sekali. Lusa, tema bengkel kereta, dan sebagainya. Paksa diri untuk kreatif berfikir. Jangan anak cakap bosan, kau pun tumpang bosan sekali.

37. Ok ni last pilihan yang korang ada, kalau rasa semua 36 aktiviti tadi menyusahkan. Download je PDF Haikal’s Game Book, yang ada 60 mukasurat untuk setiap game. Hanya perlu download dan print, dan buat lah sampai lebam. Boleh dapatkan kat sini: https://www.sogeliga.com/printables

Semoga apa yang saya kongsikan dalam post ni bermanfaat. Dan semoga kita semua survive PKP ni dengan cemerlang lah hendaknya πŸ˜Œ
.
HAVE A GREAT WEEK, GUYS! ❤️
- Adlil Rajiah

For more parenting tips, read my books:
https://bit.ly/2JlAS3Z

Friday, 10 April 2020

Ebook 50 Aktiviti Q15 - Percuma dari GymCademy

April 10, 2020 0
Ebook 50 Aktiviti Q15 - Percuma dari GymCademy
Ebook Percuma dari Gymcademy
Apabila keluar sahaja Perintah Kawalan Pergerakan, antara yang cepat tersebar di Whatsapp group adalah Ebook ini. Apatah lagi ianya diberikan secara percuma oleh GymCademy, yang ditubuhkan oleh OT Aisyah Rozalli. Apalagi, wajib di download segera!

Ebook yang disusun khas oleh team GymCademist yang berpengalaman mengendalikan anak tipikal & istimewa ini mengandungi 50 Aktiviti Q-15.

Antaranya ialah:

  • Tiup Buih Sabun
  • Cari Dalam Beras
  • Jalan Macam Kucing
  • Tiru Muka Ayah
  • Jom Masak Ikan
  • Lego Parallel
  • Merangkak Atas Rumput

Lebih menarik lagi, dengan setiap aktiviti yang disusun, anda boleh menilai terus dimana tahap perkembangan anak anda. Tak perlu pening kepala dah nak fikir aktiviti apa nak buat dengan anak untuk Q-15 lepas ni. DAPATKAN SEKARANG!

Dapatkan Ebook Q15 di sini ↓

http://nak.la/50Q15http://nak.la/50Q15

Disclaimer: BUKU INI PERCUMA UNTUK ANDA SEMUA DAN BUKAN UNTUK DIJUAL

ps: OT Aisyah Rozalli sangat rajin berkongsi tips berkaitan perkembangan anak di fb beliau. Rugi kalau tak follow.

Fb page: GymCademy
Fb peribadi: OT Aisyah Rozalli