8 Tips Memulakan Homeschool di Malaysia - Mummy Fatih

Sunday 12 April 2020

8 Tips Memulakan Homeschool di Malaysia

kredit: moneycrashers.com
Perkara pertama yang terlintas dalam kepala bila mula nak mengajar Fatih di rumah (homeschool) tahun ni - Nak mula dari mana ni? Grrr. Garu kepala fikir. Serius blur.

Sebabnya, ada macam-macam kaedah homeschool yang kita boleh pilih. Nak buat silibus sendiri, memang tak la kan. Sedar diri tak kreatif dan tangan kejung nak design bahan mengajar. Masanya lagi. Jadi, sangat perlu untuk outsource.

Bila outsource membuta tuli, mula lah rambang mata. Semua nak sapu. Tengok orang buat Montessori, rasa nak buat. Tengok orang buat kaedah traditional, kita pon nak. Baca sana, baca sini. Save itu, save ini. Lepas tu bila nak mula beraktiviti dengan anak, terus blur dan blank. Hahaa padan muka!

Bila jadi macam tu, ambil masa untuk bertenang kejap. Fikir betul-betul, at the end of the day, kita nak anak belajar apa. Nak dia kuasai skill apa. Ukur kemampuan dan penerimaan anak macam mana, Dan ukur diri kita juga. Mampu atau tidak nak ajar sendiri.

Fikir punya fikir, insyaAllah dah nampak jalan sedikit. Minggu depan akan mula tersusun. Kita mulakan dengan apa yang ada dulu. As time goes by, kita adjust apa yang perlu. Kalau tunggu sempurna, jawabnya tak kan mula la sampai bila-bila.

Bagi mummies yang masih tercari-cari, mungkin perkongsian di bawah ini dari Cikgu Anis boleh membantu. Nak dijadikan cerita, waktu saya sedang plan aktiviti homeschool untuk minggu depan, Anis post kan tips-tips ini di fb beliau. Sama dengan apa yang saya fikir dan lalui.

Semoga bermanfaat.

8 Tips Memulakan Homeschool oleh Cikgu Anis

"Nak homeschool macam mana ni, tak tahu nak mula dengan aktiviti mana satu. Idea banyak muncul dalam kepala dan rasa nak buat semua dengan anak dalam satu masa"
Pernah tak ibu-ibu alami situasi macam ni? Sebab ada beberapa new homeschooler tanya soalan ni dekat Anis. Anis pun sama, dulu pun confuse nak mula macam mana.
Sekarang musim PKP, lagilah bila scroll SocMed nampak aktiviti menarik semua screenshot sampai penuh memori telefon. Serius, Anis pun bukanlah orang yang otai dan berpengalaman luas, anak pun kecil lagi. Tapi Anis kongsikan setakat Anis tahu dan pernah alami.
Silakan share perkongsiaan untuk membantu ibu-ibu yang pernah mengalami situasi sama yang pernah Anis alami.

1. Fokus dan buat satu per satu

Peribahasa Melayu pula berbunyi “Yang dikejar tak dapat, yang di kendung berciciran”. Fokus kepada apa yang nak anak kita belajar. 

Contoh kalau nak anak belajar mengira, buat pencarian idea aktiviti mengira saja. Memang kita ibu-ibu ada banyak idea dan kesemuanya membuat diri teruja nak buat bersama anak. Tapi, masalahnya kita tidak fokus dan ambil kira pertimbangan lain. Akhirnya, tiada satu pun idea yang berjaya terlaksana.

2. Berhenti bila dah tepu

Bila dah terlalu lama scroll SocMed, mesti kadang tu rasa seronok mula-mula dan nak tahu lagi banyak. Tapi bila dah banyak sangat tahu, tak tahu nak pilih mana satu. Bila dah rasa macam tu, stop. 

Rehat kejap, pilih aktiviti yang dah screen shot sesuaikan dengan kemampuan seperti - ada tak material nak buat, anak minat tak, objektif aktiviti itu nak capai apa.

3. Jangan terlalu memaksa

Jangan paksa diri dan anak. Bila ada aktiviti kita tak mampu buat, kita tak perlu push diri kita. Pilih aktiviti lain yang bersesuaian. 

Jika anak tak nak buat aktiviti yang dirancang, sabar. Fikir alternatif lain atau laksanakan aktiviti yang telah dirancang pada masa lain yang bersesuaian.


4. Berstruktur dan ada objektif

Untuk mendapat inspirasi aktiviti dan tak nak bagi terlalu overwhelmed, cuba buat aktiviti bersama anak secara berstruktur dan ada objektif. Anis lebih kepada aktiviti yang spesifik dan tahu apa yang nak anak Anis dapat hasil aktiviti tersebut. 

5. Buat perancangan

Buat perancangan supaya ibu-ibu dapat sentiasa on track dalam melakukan aktiviti homeschool. Rancang sebelum bertindak. Goal without a plan is just a wish. Catat perancangan aktiviti dan apa nak buat supaya perjalanan homeschool lebih konsisten.

6. Sesuaikan mengikut kemampuan

Sesuaikan aktiviti mengikut keperluan dan kemampuan. Ambilah yang sesuai dan tinggalkan yang tak serasi.

7. Sediakan suasana yang kondusif

Sediakan ruang pembelajaran yang kondusif. Ada pencahayaan dan pengudaraan serta jauh dari gangguan seperti televisyen. Susun keperluan homeschooling anak supaya tersusun tapi.

8. Dapatkan sokongan

Dapatkan support dan jangan berseorangan. Boleh sertai group Homeschooling di Facebook atau WhatsApp. Dekat situ boleh dapatkan idea dan sokongan daripada ibu-ibu yang mempunyai semangat dan passion yang sama.


Jemput follow saya ðŸ‘‰Hanis Athirah Rusli. Saya selalu menulis mengenai aktiviti homeschool, pendidikan awal anak-anak dan parenting.
-----------------------------------------------------------------------------
Channel Perkongsiaan Aktiviti, Bahan, dan semuanya yang berkaitan dengan Homeschool Ahza dan Afraz ðŸŒˆ
https://t.me/fingergymkids





























https://web.facebook.com/photo/?fbid=10222252988131375&set=pcb.10222252990851443&__cft__[0]=AZXoGOnzT8Sks1SAfNlDztyTncGjIMHdMUSQF421U8gy3bJZGYIxMLvZitOnocZ3typpz6wz7-Xcp4EsFtXGnFJFzGO2UVBfMSmR-xm-Y9i4-GB8gQN3HYnOoR1rsbVMcW8&__tn__=*bH-R

2 comments:

  1. kesabaran kena tinggi dan banyak melayan karenah anak-anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. mak kena sentiasa top up ilmu sabar dan tenang sepanjang masa =)

      Delete